Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Khairul Faizi Ahmad Kamil.. satu nama yang semakin menyerlah dipentas politik Johor ketika ini. Beliau bukanlah orang baru didalam politik Johor kerana sebelum daripada ini pun beliau telah begitu menonjol sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dibawah kepimpinan Sdr. Mazlan Aliman sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Kejayaan cemerlang beliau juga dapat dilihat daripada kecemerlangan PASTI Johor dibawah pentadbiran beliau, sehingga PASTI kini begitu dominan di Johor dalam mempelopori penubuhan pusat asuhan berteraskan Islam. Kini kecemerlangan itu beliau lebarkan didalam memimpin Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang mana diatas kepercayaan ramai beliau telah dipilih sebagai ketua bagi menggantikan Sdr. Mazlan Aliman yang berundur atas faktor usia. Riak awal yang ditunjukkan oleh beliau dalam menangani pelbagai isu dan permasalahan rakyat yang timbul dilihat pemerhati sebagai sesuatu yang amat menyakinkan. Sebahagian daripadanya berpendapat "budaya politik baru" yang cuba disemaikan oleh beliau mampu untuk menyuntik kebangkitan yang bermakna kepada arus politik negeri Johor. Gagasan penubuhan Jawatankuasa Pemuda BA yang kemudiannya disusuli dengan Konvensyen Pemuda BA yang pertama seumpamanya diadakan dinegara ketika ini sedikit sebanyak mencerminkan kefahaman politik beliau yang berpandangan jauh. Jurnal Pemuda Sekijang cuba berhubung dengan beliau melalui email bagi mendapatkan reaksi beliau tentang pelabagai perkara yang berlegar diruang arena politik negara ketika ini dan Johor khususnya. Temuramah ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Dimana bahagian pertama adalah temubual melalui email manakala temubual kedua adalah temubual secara langsung. Baca dan hayatilah !

Ulas sedikit tentang perjalanan muktamar yang baru saja berlalu. Terutamanya yang berkaitan dengan potensi PAS untuk membina momentum menjelang pilihanraya yang akan datang ? Tahap kebersedian parti, pimpinan dan ahli bagi menghadapinya ?
Pertamanya saya ucapan terima kasih kepada DPPK Sekijang kerana telah berjaya mewujudkan blog DPP kawasan yang akan menjadi alternatif khususnya kepada rakyat di parlimen Sekijang untuk mendapatkan maklumat.

Berbalik kepada perjalanan muktmar PAS yang lalu, sebenarnya pemilihan tajuk ucapan dasar “PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM” dilihat sebagai halatuju PAS yang jelas iaitu tugas PAS untuk terus meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan dan perlu diperkukuhkan.


Begitu juga dengan sikap PAS terhadap sistem domokrasi yang semakin runtuh. PAS tetap yakin serta menerima dengan sistem demokrasi tetapi sistem yang sedia ada perlu dipulihkan.


Pandangan saudara tentang kritikan perwakilan terhadap fungsi dan peranan timbalan adakah ianya mewakili suara ramai ahli atau ianya sekadar luahan emosi yang bersifat peribadi ?
Setahun yang lalu, apabila selesai sahaja muktamar PAS Pusat kali ke 51, rata-rata ahli PAS melihat bahawa akan berlaku satu perubahan yang besar dengan perlantikan beberapa kepimpinan tertinggi parti.


Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka sudah tentu sesuatu yang baru diharapkan daripada kepimpinan ini khususnya ketika itu PAS sedah dilanda sindrom lesu lagi melesukan.


Saya melihat bahawa apa yang cuba dibangkitkan bukan hanya kepada kepimpinan Timbalan Presiden PAS tetapi melibatkan kepimpinan PAS secara keseluruhannya.


Apabila ada perwakilan yang menyebut tentang fungsi Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dilihat ada yang tidak begitu berkesan dalam menunaikan tanggungjawab mereka bermakna mereka mahukan sesuatu yang lebih bermakna daripada apa yang telah dilakukan. Saya tidak melihat bahawa kepimpinan tertinggi ini tidak membuat kerja mereka tetapi mungkin kesannya sahaja masih belum dirasai oleh ahli PAS secara keseluruhannya.


Justeru perlu dipertingkatkan gerakerja dan usaha supaya PAS benar-benar dirasai kehadirannya oleh masyarakat.

Tolong perjelaskan tentang persoalan pengagihan tabung kemiskinan Harakah yang dibangkitkan oleh saudara semasa muktamar tempohari?
Saya yakin dan percaya bahawa apabila telah disebut bahawa sejumlah RM 2.2 juta telah diagihkan kepada penerima pelbagai lapisan masyarakat telah berjaya mengejutkan kita. Siapa sangka, sebagai sebuah akhbar dwi bulanan milik parti politik ini sudah mampu memberikan sumbangan sebanyak itu.


PAS Johor mengambil sikap untuk mendapatkan maklumat bagaimana sumbangan ini diagihkan kepada penerima. PAS Johor ingin mendapatkan penjelasan bagaimana agihan ini dilakukan tanpa meletakkan apa-apa perasaan prejudis terhadap Lembaga Pengurusan Harakah.


Begitu juga dengan jumlah yang sebegitu banyak diagihkan. Sudah tentu jumlah penerimanya pun ramai. Apa yang diharapkan adalah sumbangan ini tidak berakhir disitu sahaja tetapi perlulah diadakan program susulan terhadap penerimanya. Yang pentingnya, penerima tersebut betul-betul mendapat kesan daripada sumbangan tersebut.


Apa pandangan saudara tentang isu pertelagahan Tun Dr. Mahathir dengan Pak Lah yang dilihat semakin meruncing ketika ini ?
Isu pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir dengan Pak Lah perlu dilihat sebagai pertembungan dalaman UMNO. Seperti mana yang telah disebut oleh Dr Mahathir bahawa Pak Lah bukanlah pilihan pertamanya sebagai Perdana Menteri (PM) bermakna Dr M telah membuka ‘rahsia’ percaturannya.


Namun saya mengharapkan agar kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan pertembungan ini kerana kita bimbang akhirnya ia hanya sandiwara yang dipertontonkan oleh UMNO untuk melekakan PAS.


Saya menyeru khususnya kepada pemuda PAS di Johor agar terus memperkukuhkan organisasi dan menggerakkan rakyat terhadap isu yang menisdas mereka seperti kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, bukannya isu dalaman UMNO.


Apa pandangan saudara terhadap pendapat yang mengatakan pertelagahan ini adalah satu petanda UMNO sedang meniti usia akhirnya ?
Sejarah telah membuktikan bahawa pertembungan dalaman UMNO pernah berlaku. Perlu dilihat bahawa pertembungan ini adalah rahmat kepada parti pembangkang seperti PAS. Ini adalah peluang kita untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah parti yang terbaik untuk mereka.


Saya tidak menafikan bahawa pertelagahan dalaman UMNO sebagai diantara bukti UMNO sedang meniti hari akhirnya tetapi saya lebih melihat bahawa masalah rasuah dan penyelewengan akan menjadi barah yang akan menjadi punca kehancuran UMNO.


Ikuti kupasan Sdr. Faizi tentang pelbagai isu yang timbul diJohor ketika ini dalam temuramah yang akan datang ! Sdr. Faizi juga akan menjawab tentang beberapa soalan yang mungkin akan sedikit panas ! Insyallah nantikannya !
 
posted by dppk sekijang at 10:09 PM |


0 Comments: